Tempatnya Download Aplikasi full Apk, Mod, Pro, Premium untuk semua Sahabat Android.

Friday, September 22, 2017

Cara Aktifkan Subtitle Pada XBMC/Kodi


Pada entri yang lepas , admin ada kongsi Cara Memasang 'Add-On Genesis' Pada XBMC/KODI .
Untuk entri kali ni admin nak kongsi cara untuk aktifkan fungsi 'Subtitle' pada XBMC/Kodi. Fungsi 'Subtitle' ini bukan hanya boleh di gunakan pada 'addon' Genesis sahaja, tapi boleh digunakan pada mana-mana 'addon' yang menyediakan fungsi untuk stream 'movie'. Dengan kata lain, boleh digunakan pada mana-mana movie yang anda tonton. Pada tutorial ni, admin akan asuh cara untuk menggunakan "subtitle" bahasa melayu..

Cara Aktifkan "Subtitle" Pada Kodi

1. Buka aplikasi kodi anda. Klik pada "SYSTEM" dan pilih "Settings".

2. Klik pada "Add-ons".

3. Klik pada "Get Add-ons".

4. Pilih "Kodi Add-on repository".

5. Pilih "Subtitles".

6. Pilih add-on 'subtitle' yang anda mahu. Admin sarankan pilih 'add-on subtitle' "OpenSubtitles.org" dan "Subscene.com".

7.  Klik "Install".

8. Tunggu sehingga 'add-on subtitle' di aktifkan.

9. Seterusnya kembali ke paparan utama kodi, Klik pada "SYSTEM" dan pilih "Settings".

10. Pilih "Video".

11. Pilih "Subtitles" . Klik pada bahagian "Language to unduh subtitles for" dan "Preferred subtitle language", klik "Malay".

12. Buka apa-apa filem yang anda mahu tonton. Untuk menggunakan 'subtitle' , klik pada ikon 'Subtitle' dan klik "Download".

13. Senarai 'subtitle' terpapar. Anda tinggal pilih 'subtitle' yang bersesuaian dengan filem yang anda tonton. Senarai 'subtitle'  anda boleh pilih dari sumber layanan "OpenSubtitles.org" dan "Subscene.com" atau mana-mana 'add-on subtitles' yang anda aktifkan.

Contoh 'subtitle'.

Nota: Pada tutorial ini admin menggunakan aplikasi KODI versi 14.2 HELIX . Untuk versi lain mungkin ada perbezaan sedikit, tapi anda boleh cuba k..

Selamat mencuba :)


Sumber https://faiz-tutorial.blogspot.co.id/

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Cara Aktifkan Subtitle Pada XBMC/Kodi