Tempatnya Download Aplikasi full Apk, Mod, Pro, Premium untuk semua Sahabat Android.

Wednesday, September 27, 2017

Tutorial Memasang (Install) Android 4.3 x86 di VirtualBox



Tutorial kali ni aku nak kongsi cara untuk memasang (install) OS Android 4.3 x86 pada Aplikasi Virtual iaitu VirtualBox. Disini aku sediakan langkah bergambar bagi memudahkan anda untuk mencuba tutorial ini. OK jom kita mulakan sesi tutorial kali ni. :)

Sebelum tu, anda perlukan bahan-bahan dan aplikasi dibawah:
1. Oracle VM VirtualBox (Windows x86/AMD x64)
### Untuk vesi lain boleh lihat sini .
### Untuk versi lain boleh lihat sini.


Tutorial:

1. Install dan buka aplikasi VirtualBox terlebih dahulu.

2.  Klik ikon New

3. Tetapan pada bahagian Create Virtual Machine:
  1. Name Android 4.3
  2. Type : Linux
  3. Version : Other Linux
  4. Memory Size : 1024  (1GB)
  5. Hard drive: Create a virtual hard drive now
Klik Create.


4. Tetapan pada bahagian Create Virtual Hard Drive:
  1. File location : Biarkan default
  2. File size : 8.00 GB (boleh juga set mengikut kehendak anda)
  3. Hard drive file type : VDI (Virtualbox Disk Image)
  4. Storage on physical hard drive : Dynamically allocated
Klik Create .


5. Klik pada Virtual Machine yang anda telah buat dan klik ikon Settings

6. Pada bahagian Settings:
  1. Klik Storage
  2. Klik pada Ikon CD/DVD Drive . (info: sebelum set akan terpapar Empty, kalau sudah di set akan terpapar nama mengikut nama file image ISO anda. Contohnya: android-x86-4.3-20130725.iso )
  3. CD/DVD Drive : IDE Secondary Master
  4. Klik ikon CD/DVD
  5. Pilih Choose a virtual CD/DVD disk file.
Klik OK .


7.  Pilih file image ISO ( android-x86-4.x-xxxxxxxx )

8. Klik OK

9. Klik pada Virtual Machine anda dan klik ikon Start .

10. Pilih Installation - Install Android-x86 to harddisk dan tekan Enter

11. Pilih Create/Modify partitions dan tekan Enter.

12. Pilih New dan tekan Enter

13. Pilih Primary dan tekan Enter

14. Set size primary partitions. Biarkan size default dan terus tekan Enter .

15. Pilih Bootable dan klik Enter. (pastikan terpapar "Boot" pada Flags)
      Pilih Write dan klik Enter.

16. Taip yes dan klik Enter .

17. Pilih Quit dan klik Enter.

18. Pilih sda1 Linux VBOX HARDDISK dan klik Enter.

 19. Pilih ext3 dan pilih Enter

20. Pilih Yes dan klik Enter

21. Tunggu sehingga Proses Format selesai.

22. Do you want to install loader GRUB? : Pilih Yes dan tekan Enter.

23. Do you want to install /system directory as read-write? : Pilih Yes dan tekan Enter.

 24. Tunggu sehingga proses write selesai.

 25. Setelah proses pemasangan jawaban akan terpapar Installed successfully. Sebelum Reboot buat sedikit setting( Eject file image ISO dari virtual CD/Drive).
#Info : Tekan Right Ctrl untuk aktifkan balik mouse.

Klik Machine dan pilih Setting.


26.  Pada bahagian Settings:
  1. Klik Storage
  2. Klik pada CD/DVD Drive (android-x86-4.x-xxxxxxxx.iso)
  3. Klik ikon CD/DVD
  4. Pilih Remove disk from virtual drive
Klik OK .

27. Pilih Reboot dan tekan Enter .

28. Pilih Android-x86 4.x-test dan tekan Enter


29. Untuk aktifkan mouse  pada android anda :  Klik Machine dan pilih Disable Mouse Integration .


30. Pilih bahasa ( English (United States) ) dan klik Start


31. Select Wi-Fi : Klik Skip

32. Klik Skip anyway

33. Got Google? : Klik Yes

34. Klik OK

35.  Masukkkan Email dan Password google account anda (sama dengan akaun gmail) dan klik button Next


36.  Google Services : Klik button Next

37. Entertainment : Klik Not Now

38. This tablet belongs to : Masukkan nama anda dan klik button Next

39. Setup complete : Klik Finish


OK SIAP >>> SELAMAT MENCUBA... 

Sumber https://faiz-tutorial.blogspot.co.id/

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Tutorial Memasang (Install) Android 4.3 x86 di VirtualBox